Saturday, December 01, 2007

DARUL DIGITAL KB MALL KELANTAN




kami dijemput oleh kolej darul digital untuk mempromosikan kos animasi disana. dan acara ini telah dirasmikan oleh menteri besar kelantan iaitu tok guru NIK AZIZ. berbagai acara diadakan seperti dikir barat.

TEKNOLOGI PARK BUKIT JALIL



ni masa kami join CATS (Creativity Art and Technology) di sini ada tayangan animasi dari jepun oleh studio gibli. banyak juga kompeni animasi lain. saladdin juga ade join.

Friday, November 30, 2007

KREW QUEST BERAYA

ni masa kat opis masa buat majlis semperna hari raya. kira open opis la ni.so sempat le gambor buat kenangan. masa ni makan nasi beryani gam.ok la sedap gak .

Thursday, November 29, 2007

PAMERAN DI MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTER




disini kami membuka booth mempromosikan syarikat quest kepada pelawat disana. kami juga dijemput oleh pelajar mmu melaka untuk memberi beberapa syarahan mengenai animasi ini yang diketuai oleh cik kamn ismail.



BERCUTI DI KLEBANG BEACH RESORT







setelah ke pengkalan balak ,kami ke klebang pulak dgn team kami yang baru. disini lebih nampak meriah kerana kebanyakan peserta menjayakan acara yang disediakan dgn jayanya.


BERCUTI DI PENGKALAN BALAK

ni masa unplugged last day. ada la bawak 5 lagu.
ni pemenang acara karaoke

ni masa sukaneka di adakan.memang lawak la tgk diorang beraksi. dan tahniah kepada mereka kerana memberi kerjasama.


ni masa kami mula sampai.kami mengagihkan kumpulan. dan nama kumpulan berdasarkan watak animasi kumang.



ni la tempat penginapan kami dari angle laut yang air nye belum pasang..



KENDURI KESYUKURAN



setelah tamatnya episode animasi yang kami bikin.kami akan mengadakan jamuan kesyukuran semoga syarikat ini akan maju di kemudian hari. dan kami juga mengadakan jamuan menyambut ramadan dan raya. serta kalau animasi kami menang anugerah. antaranya che nat dpt no 2 bagi animasi berciri islam di salah sebuah negeri arab dan kumang memenangi animasi di festa filem.

DI OPIS KAMI




ni la keadaan di opis kami yang ceria tak terkata tapi kerja tetap kerja..so walaupun ada yg tido .mkn ke pastikan kerja siap. dan kalau tak hadir tu kena la bagi tahukan kan.

ERA QUEST 2001







hait arigato kepada semua peminat keluangman.so setelah tamatnya era keluangman pada tahun 2000. kami original member keluangman berhijrah ke quest animation di pj. dan ini adalah beberapa animasi yg kami bikin setakat ini. che nat, toman 1,kumang,kinabalu,pusaka dan pejuang. dwi dalam pembikinan. ada juga animasi untuk berbuka puasa. tahun baru cina. so check it out ..beberapa berita dan gambar semenjak kami bekerja di quest animation ini.



Thursday, November 01, 2007

selamat hari raya dari team keluangman


masa ni tahun 1999 di berita harian ..so semperna raya ni bekas perkerja keluangman ni..ingin meminta maap la kalau ada salah dan silap kepada semua orang..

Thursday, August 16, 2007

CASTING CALL FOR KELUANGMAN THE MOVIE


NI ADALAH CADANGAN AKU KALAU CERITA KARTUN KELUANGMAN DI MOVIEKAN.APA PENDAPAT KORANG DENGAN PARA PELAKON YANG AKU PILIH.ATAU KORANG ADA CADANGAN LAIN?

Sunday, August 12, 2007

KAMI DATANG KE TEMPAT ANDA.

kepada company kerajaan atau swasta ataupun universiti,kolej atau sekolah yang ingin memerlukan kami sebagai penyeri aturcara anda kami sedia membantu. kami adalah original member keluangman yang masih utuh dan kukuh. kami menyediakan khidmat menyediakan gerai jualan,karikatur,aturcara majlis,pertandingan mewarna,tempahan t-shirt ,unplugged dan berbagai lagi.kami juga ada menyediakan t-shirt keluangman edisi terhad untuk peminat setia dan sesiapa yang berminat sila hubungi saya MOHD RIZAL di talian 0123508606 atau encik amir di talian 0192129035. segala pertanyaan tentang harga atau apa apa pun boleh dirunding.

Sunday, July 08, 2007

MASUK AKHBAR


keratan akhbar ni aku ambik kat warta perdana. masa ni baru memula keluangman nak naik.ada akhbar yang lain citer kman ni masuk tapi aku tak sempat nak ambik .

KE PULAU BESAU MELAKA


setelah penat bekerja seharian ,kami mengambil keputusan untuk bercuti agar head brain ni normal balik. so kami ke pulau besar .tak ramai orang masa tu .so swimming pool kami yang ambik alih.kami berkhemah kat tepi pantaui jer.tak leh mandi air laut deras.

Saturday, July 07, 2007

MALAYSIAN ANIMATION FESTIVAL


ok ni la dia 1st time dalam sejarah animasi ada festival animasi kat kolej kym melaka. ramai kompeni animasi yang hadir.ha kat gambar atas tu kiteorang bergambar buat kenangan dari kompeni dunia kecil,yokies dan keluangman.keluangman dan tiongman tgh berjalan dari satu gerai animasi ke gerai animasi yang lain, tanda sebagai terima kasih diatas sokongan keatas dunia animasi.

JADI HAKIM PERTANDINGAN MEWARNA


ni kami tengah duk adili pertandingan mewarna kat um.susah jugak jadi hakim ni ramai yg berbakat la,kami cume menilai kepada adik2 yang ikut arahan yg ditetapkan jer.

MAJLIS SURE KENAL


masa ni ramai perkeje baru mule masuk kerje.so nak memperkenalkan diri memasing kami di asing ke beberapa kumpulan.dan setiap kumpulan kena belakon,bukan kes buli ni,cume nak bagi kiteorang ni tak malu masa setat keje dan kena jaga konti masa belakon ,ni cam buat animasi jugak ler.ha gambar yg pakai topeng tu group aku masa tgh blakon .

PELAWAT

masa dah ramai kenal pasal keluangman ni ramai le datang ke opis kami utk melawat.bagus jugak diorang datang dapat ilmu dan pengalaman pasal animasi ni.

PENAJA UTAMA

kat restorent hameed di medan idaman gombak le tempat kami selalu lepak.kalau ade perjumpaan kat sini le tempatnya.banyak kenangan kat sini. kalau time terdesak air suam ngan roti canai je dah menjadi sarapan rutin kami.

1ST TIME MAJALAH KELUANGMAN DI LANCARKAN

masa ni kami rasa seronok sangat .apabila keluangman ada majalah sendiri. isu pertama di bagi percuma kepada setiap pekerja.

DOA SELAMAT

masa ni kami mengadakan bacaan doa selamat agar syarikat ini diberkati ALLAH.tapi nak buat lagu mana takda rezeki.

alih suara

ni gambar kat studio uas .masa ni tengah dubbing suara utk siri keluangman.dari kiri art, kudu.pogie dan aku.

Saturday, June 30, 2007

studio kami

ni gambo kat studio kami.kami kalu bergambor memang pantang ler.mesti berposing punyer.

team kami ngan camelia

ni gambar masa kami dijemput ke anugerah era yang pertama.disini kami buat lakonan keluangman dan tiongman melawan ninja di atas pentas di pwtc.kami ngan camelia sempat le bergambor.

tamatnya era kman

ni la gambar masa kat opis keluangman sesudah ditutup sepenuhnya,aku datang nak tgk kenangan yang di tinggalkan